icon-search
icon-search

5 Cara Pakai Perfume Untuk Tahan Lama

5 Cara Pakai Perfume Untuk Tahan Lama

Memakai perfume ialah untuk kita merasai bau wangi. Tapi , yang sedihnya bila dah syok sembur satu badan , lepastu selang beberapa jam je terus dah tak bau wangi . Apa kes ? Pakai perfume tapi tak bau wangi. Bayangkan , sewaktu pagi selepas dah bersiap mandi , kita punya la syok sembur satu badan lepastu bila dah masuk waktu tengah hari , eh tahu tahu bau tu terus hilang .


Bukan itu sahaja , dah la bau tu hilang entah ke mana eh bercampur pula dengan bau peluh . Nak lagi dasyat , bercampur juga dengan bau dari asap rokok serta asap kenderaan . Fuhh , sedih betul rasa hati ini kan . 


Haa , ada ni 5 cara mudah memakai minyak wangi supaya bau nya akan lebih tahan lama . Lets check it out !


  • Sembur minyak wangi tempat ini ! 

Kami nak cadangkan kepada anda untuk sembur di bahagian pergelangan tangan , di leher , di belakang telinga , dan di dada. Try la dulu sembur dekat tempat ini .. Haa , dah sembur ke belum tu ?. 


  • Pakai lotion atau moisturizer

Yes ! Untuk menjadikan bau minyak wangi tersebut tahan lama , digalakkan untuk pakai lotion atau moisturizer terlebih dahulu . Fuh ! lepastu nak sembur sampai habis satu botol perfume pun boleh . 


  • Jangan gosok selepas dah spray minyak wangi

Its a big no okay ! Jangan gosok selepas dah spray minyak wangi tu. Biarkan bau perfume tersebut blend bersama dengan kulit pada tubuh badan kita.


  • Halu , sebelum spray perfume sila la mandi terlebih dahulu

Betul tu ... Kata nak bau kekal wangi , kalau tak mandi dulu no point jugak ! Kena mandi dulu , kasi badan rasa segar. Sebabnya kan selepas mandi , badan kita akan meresap bau minyak wangi tersebut . So , sila mandi dulu okay !


  • Pakailah bau yang bersesuaian

Ini sebenarnya point paling penting . Tapi tu la , sengaja letak last sekali . Nak tengok yang tengah baca ni baca ke tidak sampai habis . Yes! kita mesti kena pandai pilih perfume yang bersesuaian . 


Maksud sesuai disini ialah , bau yang kita pilih sesuai ke tidak dengan persekitaran kita . Misalnya , orang bekerja di pejabat yang fully aircond akan berbeza dengan orang yang bekerja di site project yang lebih terdedah kepada bau asap kenderaan dan habuk . 


Jadi , sila lah pilih minyak wangi yang suits for yourself ! Jangan ikut cakap orang , ingat ! Yang nak pakai minyak wangi tu awak yer , bukan dia . Lain la kalau awak nak belikan untuk si dia . EH ! 


Lastly , yang tengah baca ni mesti pening dan konfius , mesti dalam kepala otak "alaa , aku nak pakai perfume apa kan ? " . Dont worry , be happy dulu sebabnya , di ihadiah.com dah siap ada list lengkap mengikut kategori yang bersesuaian .


Di ihadiah.com sudah lengkap dengan list untuk bau yang sweet , bau yang fresh , bau yang strong , bau yang fruity serta bau yang exclusive. Tinggal nak tunggu tuan punya badan yang tengah baca ni pilih je tau !


Sebagai contoh , boleh lihat digambar bawah ini :

perfume bau yang fresh


Halu , awak nak pilih bau yang mana tu ? Laju laju terus add to cart okay ! See you when i see you. 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping